Juling terjadi disebabkan oleh paksi kedua-dua bola mata tidak selari dan melibatkan pergerakan otot-otot mata. Ia boleh berlaku pada satu mata atau kedua-duanya sekali.
Penggunaan gajet secara berlebihan boleh menjadi punca masalah juling.
Kanak-kanak bermata juling mempunyai masalah memfokus menggunakan kedua-dua matanya pada satu objek secara serentak yang seterusnya boleh menyebabkan penurunan tahap penglihatan atau mata malas (amblyopia).
Ambil berat dengan keluhan dan tabiat penglihatan anak-anak anda.
Sekiranya anak anda mula menampakkan kejulingan bawa mereka menjalani pemeriksaan mata.
Sumber: