MUZIUM SABAK BERNAM

 

Muzium Daerah Sabak Bernam terletak di Jalan Pasar, Pekan Sabak Bernam, bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan Daerah dan berhadapan dengan Masjid Jamek Daerah Sabak Bernam dengan keluasan kira-kira 1,135 kaki persegi. Secara umumnya, Muzium Daerah Sabak Bernam ini bertemakan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan di Daerah Sabak Bernam khasnya dan Negeri Selangor amnya. Ia adalah sebagai salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan kemasukan pelancong di negeri ini dan menjadikannya salah satu pusat sumber rujukan yang unggul kepada generasi masa kini dan akan datang.

 

muzium petanian  0

 

 


MASJID JAMEK SULTAN HISHAMUDDIN, SABAK BERNAM

Masjid Jamek Daerah Sabak Bernam terletak di tengah pekan Sabak Bernam. Masjid ini berhampiran dengan  Muzium Daerah Sabak Bernam dan masjid ini juga terletak di tepi sungai yang memisahkan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Perak.

57484865 3128832517138268 5149651558677348352 n

 

 

BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Bagan Nakhoda Omar (BNO) adalah salah satu tempat menarik yang terdapat di Sabak Bernam. Kawasan ini terletak di perkampungan yang mengambil masa 20 minit dari pekan Sabak Bernam.

Selain itu, tempat ini berhampiran dengan sempadan Selangor-Perak, ia adalah titik paling utara dan paling barat negeri itu. Bagan Nakhoda Omar biasanya dikunjungi oleh peminat memancing yang menuju ke jeti untuk menaiki bot ke Kelong Paradise, syurga pemancing yang terletak di lautan. Sehingga hari ini, Bagan Nakhoda Omar mengekalkan tradisi memancingnya, dan aktiviti utama penduduk kampung di sini ialah memancing dan akuakultur.

Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam adalah kira-kira 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Kuala Selangor. Cara terbaik untuk ke sana ialah keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Buloh dan menuju ke Kuala Selangor. Perjalanan ke pekan Sabak Bernam dari Lembah Klang mengambil masa kira-kira 2 jam. Manakala dari Teluk Intan, kira-kira 50km perjalanan.

 

Bagan-Nakhoda-Omar

 

 


MASJID JIN, PANCHANG BEDENA

Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Walaupun masjid ini terletak di Sungai Besar namun masjid ini masih dalam Daerah Sabak Bernam.

Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk disekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walaubagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid ini.

Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.

Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikkannya akan sentiasa terpelihara. Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional. 

 

masjid jin 0-580x435


(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam, laman web Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor)