SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :



  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) SB Perdana menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office 
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) SB Perdana telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 10 Februari 2022.

Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

 

  AHLI LAMA

100

  AHLI BARU BULAN Ogos 2024

29
 KESELURUHAN PADA September 2024 130
 
 
 KENALI PETUGAS PI :

 

Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:


 
PENGURUS
 Nama : Puan Farah Zunnur Ain Binti Sabarni
Mula berkhidmat : 8 November 2022
 
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Encik Muhammad Alfin Bin Abu Talib
Mula berkhidmat : 16 Mei 2023