Kemudahan awam yang terdapat di Sabak Bernam boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, kolej, perpustakaan awam, balairaya, gelanggang sukan, stadium,  dataran usahawan, sekolah, surau dan masjid turut terdapat di Pekan Sabak Bernam.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di Sabak Bernam, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Sabak Bernam.

 

 

KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM

 

sejarah kksb

 

 

PERPUSTAKAAN AWAM SABAK BERNAM

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No. 7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29,2011 (pindaan).

Pada tahun 1971, Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah dibentuk bagi memulakan sebuah Perpustakaan Awam di Negeri Selangor. Langkah pertama ke arah ini ialah dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971 untuk dijadikan sebagai Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

 

PSS-1

 

PSS2