Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menawarkan skim bantuan atau penghargaan khas melalui sms atau e-mel.

Jangan memuat turun atau kongsi pautan yang tidak ditentusahkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seterusnya.

Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, anda dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.

Mari bersama banteras scam!

 

30-Dis

Cara mengenal pasti ’Scam Calls’

1. Pemanggil cuba membuatkan anda mendedahkan maklumat sensitif
2. Pemanggil cuba untuk menakutkan anda dengan ancaman atau berita buruk
3. Anda diminta untuk membuat pemindahan wang untuk bayaran yang belum diselesaikan

HATI-HATI DENGAN SETIAP PANGGILAN  DAN NOMBOR YANG MENCURIGAKAN

 

13-Dis

 

 

Elakkan dari menyebarkan kandungan berbaur hasutan demi keharmonian semua kaum. Mari kita sepakat dalam menjaga keamanan dan keharmonian yang sedang dinikmati walaupun mungkin berbeza fahaman politik.

Segala usaha ke arah kebaikan akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya semua pihak saling sepakat.

 

4-Dec