Tarikh

: 08 Oktober 2024

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: NADI Taman SB Perdana

Peserta

: 1 Orang

 

Tujuan

Membantu pelajar mengisi borang kemasukan ke universiti dengan tujuan memudahkan proses permohonan. Petugas memastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tepat agar pelajar mempunyai peluang yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aktiviti

Menyemak dan Memberi Penjelasan Mengenai Borang Kemasukan
Membantu pelajar memahami setiap bahagian borang kemasukan dengan memberi penerangan tentang maklumat yang perlu diisi seperti data peribadi, kelayakan akademik, serta pilihan kursus dan universiti. Ini termasuk memberi panduan kepada pelajar mengenai dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang.

Membantu Pelajar Mengisi Borang Secara Dalam Talian
Petugas membimbing pelajar dalam proses tersebut, termasuk cara membuat akaun, mengisi maklumat dalam talian dengan betul, dan memuat naik dokumen-dokumen sokongan seperti sijil akademik atau salinan kad pengenalan.

 

Gambar di sini