Tarikh |
: 06 Julai 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
: NADI Taman SB Perdana |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Tujuan diadakan kelas PowerPoint untuk mencipta buku skrap adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan PowerPoint secara kreatif dan efektif. Peserta telah mempelajari teknik memasukkan teks, gambar, video, dan elemen reka bentuk lain untuk menghasilkan buku skrap digital yang menarik dan interaktif, sesuai untuk kegunaan peribadi atau profesional
Aktiviti
- Peserta telah diberi tema tertentu dan diminta untuk mereka bentuk beberapa halaman buku skrap menggunakan teks, gambar, dan elemen grafik
- Peserta telah belajar cara menyusun halaman buku skrap dalam susunan yang menarik dan menambah animasi serta peralihan untuk menjadikannya interaktif
Tarikh |
: 11 Julai 2024 |
Masa |
: 03.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: NADI Sungai Panjang |
Peserta |
: 20 Orang |
Tujuan
Tujuan mengadakan aktiviti Kuiz "Kenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional" adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang peranan, fungsi, dan perkhidmatan pusat ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan keterlibatan aktif masyarakat dalam memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pusat sebaran maklumat nasional.
Aktiviti
- Peserta telah menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah, fungsi, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional melalui platform kuiz dalam talian
- Aktiviti kuiz secara langsung yang diadakan di pusat, di mana peserta akan dibahagikan kepada kumpulan dan bersaing menjawab soalan-soalan berkaitan Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Tarikh |
: 02 Jun 2024 |
Masa |
: 10.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi |
: NADI Taman SB Perdana |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bagi membantu para peserta minat terhadap ICT dengan kaedah permainan secara atas talian
Aktiviti
- Peserta melihat tutorial yang diberikan oleh petugas berkenaan permainan atas talian yang bakal dipelajari
- Petugas melihat peserta bermain permainan atas talian berkaitan mata pelajaran yang dipelajari
Tarikh |
: 02 Jun 2024 |
Masa |
: 11.30 Pagi - 12.45 Tengahari |
Lokasi |
: NADI Taman SB Perdana |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan memupuk minat para peserta agar mahir menggunakan kompenen komputer berdasarkan permainan pelajaran secara atas talian
Aktiviti
- Peserta mendengar dan melihat tutorial bermain permainan pelajaran secara atas talian yang diberikan oleh petugas
- Peserta berpeluang bermain permainan pelajaran secara tas talian setelah mendengar taklimat daripada petugas dengan bantuan petugas
Tarikh |
: 02 Jun 2024 |
Masa |
: 09.30 Pagi - 10.30 Pagi |
Lokasi |
: NADI Taman SB Perdana |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan melahirkan minat dikalangan para peserta agar mahir menggunakan komputer dengan permainan secara atas talian
Aktiviti
- Petugas menontonkan tutorial permainan secara atas talian berkaitan pelajaran yang dipelajari
- Peserta mencuba permainan secara atas talian berkaitan pelajaran yang dipelajari dengan pemantauan petugas