MAN SATE SABAK

Sate merupakan makanan yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Daging ayam atau lembu yang diperap menggunakan pelbagai rempah menaikkan rasa dan kesedapan daging apabila dinikmati. Daging kemudian dicucuk pada sebatang lidi untuk memudahkan ia dibakar, dipanggang dan dinikmati.

Iqmal Bin Azman merupakan penjual sate yang tidak asing lagi di Sabak Bernam. Bernaung di bawah nama Man Sate Sabak, beliau menjadi tarikan oleh penggemar sate kerana kesedapan dan kualiti sate yang dijual. Selain dari harga yang berpatutan, kualiti sate yang dijual juga menjadi tarikan penggemar sate untuk menikmatinya.

Sekiranya penggemar sate tidak berpeluang atau berkesempatan untuk berkunjung ke tempat jualan beliau, sate beliau juga ada dipasarkan di atas talian iaitu di Aplikasi Halo dan Facebook. Jadi, walau di mana pun pelanggan berada, mereka tetap dapat menikmati sate beliau. Hasil kerja keras beliau, Man Sate Sabak semakin dikenali selepas dipasarkan di Aplikasi Halo dan Facebook sehingga beliau dapat menjual sate beliau di seluruh daerah Sabak Bernam.