Selamat datang ke penginapan homestay di kehijauan Kampung Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam, Selangor
Menyediakan penginapan yang berdekatan dengan:
Nama Tempat/Bangunan : Sekeping Tawar Homestay
Alamat : Lot 4586 Jalan Haji Abdul Karim, Sungai Air Tawar, 45100 Sabak Bernam, Selangor
No Telefon : 019-219 4395
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website : https://www.facebook.com/sekepingtawarhomestay/?locale=ms_MY
Perlukan penginapan ketika berurusan di Sungai Lang Parit Baru?
5 minit/5 kilometer ke :
Nama Tempat/Bangunan : Homestay D'Pelangi
Alamat : Jalan Besar Parit Baru, 45100 Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.
No Telefon : 011-36369022 / 019-3784641
Website : https://www.facebook.com/ros.mawi.31
Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.
Penginapan percutian kampung untuk seisi keluarga yang ingin merasai konsep ala jawa. Kemudahan penginapan yang lengkap serta mempunyai kolam mandi yang luas dan pemandangan yang cantik.
Nama : Restu Bonda Inn, Kampung Sungai Limau
Alamat premis : Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari
Nombor untuk dihubungi : 010-786 1865
MUZIUM SABAK BERNAM
Muzium Daerah Sabak Bernam terletak di Jalan Pasar, Pekan Sabak Bernam, bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan Daerah dan berhadapan dengan Masjid Jamek Daerah Sabak Bernam dengan keluasan kira-kira 1,135 kaki persegi. Secara umumnya, Muzium Daerah Sabak Bernam ini bertemakan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan di Daerah Sabak Bernam khasnya dan Negeri Selangor amnya. Ia adalah sebagai salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan kemasukan pelancong di negeri ini dan menjadikannya salah satu pusat sumber rujukan yang unggul kepada generasi masa kini dan akan datang.
MASJID JAMEK SULTAN HISHAMUDDIN, SABAK BERNAM
Masjid Jamek Daerah Sabak Bernam terletak di tengah pekan Sabak Bernam. Masjid ini berhampiran dengan Muzium Daerah Sabak Bernam dan masjid ini juga terletak di tepi sungai yang memisahkan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Perak.
BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)
Bagan Nakhoda Omar (BNO) adalah salah satu tempat menarik yang terdapat di Sabak Bernam. Kawasan ini terletak di perkampungan yang mengambil masa 20 minit dari pekan Sabak Bernam.
Selain itu, tempat ini berhampiran dengan sempadan Selangor-Perak, ia adalah titik paling utara dan paling barat negeri itu. Bagan Nakhoda Omar biasanya dikunjungi oleh peminat memancing yang menuju ke jeti untuk menaiki bot ke Kelong Paradise, syurga pemancing yang terletak di lautan. Sehingga hari ini, Bagan Nakhoda Omar mengekalkan tradisi memancingnya, dan aktiviti utama penduduk kampung di sini ialah memancing dan akuakultur.
Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam adalah kira-kira 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Kuala Selangor. Cara terbaik untuk ke sana ialah keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Buloh dan menuju ke Kuala Selangor. Perjalanan ke pekan Sabak Bernam dari Lembah Klang mengambil masa kira-kira 2 jam. Manakala dari Teluk Intan, kira-kira 50km perjalanan.
MASJID JIN, PANCHANG BEDENA
Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Walaupun masjid ini terletak di Sungai Besar namun masjid ini masih dalam Daerah Sabak Bernam.
Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk disekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walaubagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid ini.
Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.
Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikkannya akan sentiasa terpelihara. Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional.
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam, laman web Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor)